Online Database : Training for Trainers | Terbuka untuk Pensyarah UiTM

Untuk makluman, Bahagian Pengurusan Jurnal dan Pangkalan Data (BJPD) PTAR dan pihak pembekal telah merancang beberapa siri latihan Pangkalan Data dalam Talian (PDDT) untuk UiTM Shah Alam dan juga Kampus Cawangan. Ini bagi menyahut saranan Ketua Pustakawan PUiTM untuk menganjurkan sesi latihan PDDT bukan sahaja kepada Staf Perpustakaan tetapi juga TERBUKA untuk Pensyarah UiTM. Perancangan latihan ini telah pun dipersetujui oleh pihak pembekal yang terlibat seperti ketetapan berikut :-
Semoga dengan adanya latihan PDDT sebegini dapat memantapkan lagi kemahiran pencarian maklumat tuan/puan dan dapat menjadi orang perantaraan serta penyalur maklumat yang efektif kepada Warga UiTM.
Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak Tuan/Puan dapat memanjangkan hebahan ini kepada kakitangan-kakitangan di Jabatan masing-masing yang berminat bagi menyertai latihan ini. Permohonan hendaklah dibuat dengan menghubungi nama pegawai perpustakaan yang tercatit di dalam jadual di atas.  Sebarang pertanyaan lanjut mengenai latihan berikut boleh menghubungi Puan Eza Eliana  Hj. Abdul Wahid, Pustakawan di Unit Pengurusan Pangkalan Data di talian 03-55443727  atau emel 
eza080@salam.uitm.edu.my.

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/10/online-database-training-for-trainers.html

Advertisements

Terbaru: E-Buletin PTAR Edisi 2 | 2013

E-Buletin Edisi ke- 2  kali ini memaparkan kompilasi artikel-artikel aktiviti yang berlaku sepanjang Mei hingga September 2013. Antaranya termasuklah aktiviti-aktiviti melibatkan perkhidmatan perpustakaan, pengembangan ilmu dan kemahiran di kalangan pelajar,staf dan juga pengguna perpustakaan.  Edisi 2 ini boleh didapati dalam bentuk flip magazine di pautan berikut Klik di pautan ini http://library.uitm.edu.my/v3/index.php/facilities-services/e-buletin/book/3-e-buletin-2013-edisi-02/2-e-buletin

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/10/terbaru-e-buletin-ptar-edisi-2-2013.html

Terbaru: PTAR antara FINALIS peringkat Akhir Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2013

Ucapan TAHNIAH  di atas pemilihan sebagai Finalis  ke peringkat Akhir Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2013. Sesi pembentangan akhir akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh          :  31 Oktober 2013 (Khamis)
Masa            :  8.30 pagi hingga 5.30 petang
Tempat        :  Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam

Gambar-gambar sekitar pembentangan akhir akan menyusul kemudian.Selamat maju jaya dari warga Perpustakaan Tun Abdul Razak.

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/10/terbaru-ptar-antara-finalis-peringkat.html

Jadual Kelas Kemahiran Maklumat Bahagian Perkhidmatan Rujukan (Oktober 2013)

Kelas Kemahiran Maklumat  yang dikendalikan oleh Bahagian Perkhidmatan Rujukan akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Kelas Kemahiran Maklumat ini adalah bertujuan untuk membantu dan memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar  akan kepentingan dan peranan perpustakaan di dalam menyokong pembelajaran mereka sepanjang pengajian di UiTM.

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/10/jadual-kelas-kemahiran-maklumat.html

Web of Knowledge Discovery Quiz 2013 – Quiz Sept – 30 November 2013

Dear Web of Knowledge User

Climate change is a critical issue that has been given a lot of attention because of its environmental and social implications. It could increase or decrease rainfall, which results in more floods, droughts, and infectious diseases. It could also influence agricultural crop yields, and cause changes to forests and other ecosystems. Our earth is warming, glaciers are melting, sea levels are rising, and cities are inundated. 
Would you like to know more?
Simply take part in the Web of Knowledge Discovery Quiz and imagine you are a researcher focusing on the topic of global climate change. What’s more, you also stand a chance to win fabulous prizes. 
Quiz starts today!
Quiz 1: 19 September – 30 November 2013  
Quiz 2: 17 October – 30 November 2013
Quiz 3: 14 November – 30 November 2013 

More information here >> http://app.info.science.thomsonreuters.biz/e/es.aspxs=1556&e=722612&elq=9046c024d9424eaea0b810351a6b8521

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/10/web-of-knowledge-discovery-quiz-2013.html