Perpustakaan UiTM's Blog

27/08/2013

SEBANYAK 12,358 PERPUSTAKAAN AKAN DITRANSFOMASIKAN

Filed under: Ketua Pustakawan,Transformasi,uitm — perpustakaanuitm @ 8:51 am
Tags: , , , , ,

Ahmad Maslan (dua dari kiri) bersama Ketua Pustakawan Universiti Teknologi Mara, Noor Hidayat Adnan (dua dari kanan) dan Raslin Abu Bakar (kiri) mencuba kiosk pinjaman buku pada pameran dan majlis perasmian Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia di Melaka, semalam.

MELAKA 26 Ogos – Sebanyak 12,358 perpustakaan di seluruh negara akan ditransformasi bagi menepati tuntutan era digital bagi menarik minat lebih ramai generasi muda.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, wajah baharu perpustakaan perlu dilakukan segera dalam usaha meningkatkan skop perkhidmatan, penyelidikan, teknologi berkomputer dan maklumat (ICT) serta inovasi.

Menurutnya, bagi tujuan itu kementerian akan membantu menyalurkan peruntukan kewangan supaya hasrat memastikan perpustakaan menjadi lokasi mendapatkan sebarang maklumat dapat direalisasikan.

“Bukan sahaja perpustakaan akan berwajah baharu dari segi peranannya selepas ini, malah pustakawan juga akan ditransformasikan menjadi lebih efisien.

“Sehubungan itu, saya meminta seluruh perpustakaan memberi pandangan dan cadangan untuk kerajaan menjadikan perpustakaan lebih menarik sekali gus menarik menarik minat rakyat berkunjung,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia 2013 di sini hari ini.
Seminar tiga hari bermula semalam itu bertemakan Transformasi Perpustakaan dan Perubahan Budaya: Peranan Pustakawan.

Yang turut hadir, Presiden Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Prof. Madya Dr. Mohd. Shariff Mohd. Saad dan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar.
Ahmad berkata, peranan dan tugas pustakawan perlu berubah selaras perkembangan era digital masa kini.

Jelasnya, pustakawan harus lebih peka mendalami pelbagai ilmu baharu di peringkat global supaya tidak jauh ketinggalan.

“Pustakawan perlu membentuk diri mereka dalam era digital yang semakin berkembang di seluruh dunia,” katanya.

Pustakawan, tambah beliau, turut berperanan sebagai penyedia, pengurus dan penyalur maklumat profesional selaras usaha menaik taraf perpustakaan di seluruh negara.

Sumber Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130827/dn_14/12358-perpustakaan-akan-ditransformasi#ixzz2d9kzb4UB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/08/sebanyak-12358-perpustakaan-akan.html

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: