Sekitar Lawatan Sambil Belajar SMK Rawang, Selangor ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (Utama)

Laporan disediakan oleh Puan Noor Aida Azizi, Pustakawan, Bahagian Perkhidmatan Rujukan.
Lawatan Sambil Belajar dari SMK Rawang, Selangor ke Perpustakaan Tun Abdul Razak (Utama) pada 26 Jun 2013 telah berjalan dengan lancar. Lawatan melibatkan 39 orang pelajar yang terdiri daripada Pengawas Perpustakaan dan 4 orang guru pengiring. 
Lawatan ini telah dikendalikan oleh Puan Adlina Abdullah, Pustakawan Kanan dari Bahagian Perkhidmatan Rujukan dan dibantu oleh Encik Abdul Muhsin Abd Rasid dan Encik Mohd Syazwan Hamzah. Jurufoto yang bersama-sama dalam lawatan ini adalah Puan Rostinah Mujir. Lawatan dari SMK Rawang ini telah dibawa melawat ke Aras 2, 3 dan 4 bagi memberi pendedahan dan penerangan berkaitan kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di Perpustakaan Tun Abdul Razak. Di akhir lawatan ini, mereka telah di bawa ke Unit Pemuliharaan Bahan bagi mendapatkan maklumat dan gambaran berkenaan proses kerja yang melibatkan pemuliharaan bahan. Penerangan telah diberikan oleh Encik Azman Sharan, Pembantu Pemuliharaan Kanan di Unit Pemuliharaan Bahan.
Lawatan ditangguhkan pada jam 11.00 pagi. Ucapan penghargaan dan terima kasih dirakamkan kepada warga PTAR yang telah memberikan kerjasama secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan lawatan tersebut.
Foto sekitar lawatan tersebut :

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/06/sekitar-lawatan-sambil-belajar-smk.html

Advertisements

Akan datang: Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia 2013

Seminar yang akan berlangsung selama 3 hari ini merupakan satu platform bagi mengumpul para pustakawan IPTA/IPTS di Malaysia untuk memperoleh dan berkongsi ilmu serta input terkini dalam memperkasa bidang pustakawan dan perkhidmatan perpustakaan. Justeru itu, seminar anjuran Jawatankuasa Tetap Perpustakaan
Akademik 2012/2014 dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia kali ini diharapkan mampu memberi input berharga dalam penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan bermutu bagi memenuhi kehendak pelanggan. Melihat kepada perkembangan perpustakaan sebagai pusat kecemerlangan yang berperanan besar dalam aspek pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan penyebaran maka pustakawan perlu mempertingkatkan profesionalisme pustakawanan melalui penyerapan pelbagai maklumat yang terkini dan relevan. Pengisian seminar kali ini diharapkan mampu meningkatkan lagi penguasaan ilmu pengetahuan melalui perkongsian maklumat sebagai strategi dalam penyebaran maklumat yang berkesan.

OBJEKTIF

  • Menyediakan platform kepada seluruh profesion pustakawan untuk penyebaran maklumat, strategi dan pengalaman dalam mencapai kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan.
  • Membina, memperluas dan memperkasa jaringan pustakawan serta kolaborasi perpustakaan seluruh Malaysia.
  • Perkongsian amalan terbaik perpustakaan yang boleh dilaksanakan dalam peningkatan mutu perkhidmatan dan pengurusan.
  • Membudayakan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pustakawan
Tarikh : 25 – 27 Ogos 2013
Tempat : Mahkota Hotel, Melaka

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/06/akan-datang-seminar-kebangsaan.html

Akan datang: Bengkel Pengkatalogan dan Pengkelasan Guru Pusat Sumber Seluruh Pulau Pinang


Bengkel ini merupakan siri ketiga di bawah Program Ilmu mengubah Destini Anak Bangsa selepas ianya di laksanakan di sekolah Menengah Pasir Gudang, Johor Bahru  pada 8-10 Mac, 2011. Ianya adalah anjuran bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak, Perpustakaan UiTM Kampus Pulau Pinang, dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Penganjuran ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti pegnurusan pusat sumber sekolah-sekolah menengah di daerah Balik Pulau, Pulau Pinang di samping membentuk sikap pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat di kalangan pelajar-pelajar.

Tarikh 4-6 Julai 2013
Tempat: Hydro Hotel Pulau Pinang

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/06/akan-datang-bengkel-pengkatalogan-dan.html

Gangguan Perkhidmatan Perpustakaan di UiTM (Negeri Selangor)

Untuk makluman, perkhidmatan Sistem ILMU , Self-Check Machine, Book Drop, WebOpac dan EKomponen (MyLibrary) akan tergendala sementara waktu untuk memberi laluan pada aktiviti Kursus TOT Server PTAR.

Tarikh : 7 Jun 2013
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 petang – 10.00 malam

Perkhidmatan akan berfungsi sepenuhnya pada 7 Jun 2013, (Jumaat) selepas 10.00 malam.

Semua pengguna diharap mengambil maklum perkara di atas.

Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul di pihak tuan/puan sepanjang penutupan server ini.

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/06/gangguan-perkhidmatan-perpustakaan-di.html

Perubahan kedudukan Meja Rujukan @PTAR Utama

Makluman! Kedudukan Meja Rujukan telah berpindah ke ruang Pameran Buku Baru (berdekatan Kaunter Khidmat Pelanggan). Perpindahan sementara ini berkuatkuasa pada Jumaat 31 Mei 2013 sehingga kerja-kerja penambahbaikan dan pengubahsuaian ruang Bilik Mesyuarat di Aras 2 selesai. Mohon maaf atas kesulitan yang dialami. 

via Blogger http://perpustakaanuitm.blogspot.com/2013/06/perubahan-kedudukan-meja-rujukan-ptar.html