PERUBAHAN WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN SEMPENA HARI RAYA AIDIL ADHA

20121022perubahanwaktuperkhidmatancuti

Adalah dimaklumkan, merujuk kepada Pekeliling Akademik Cuti gantian sempena Hari Raya Aidil Adha maka dimaklumkan Perubahan Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Shah Alam adalah seperti berikut

* 24 Okt 2012 ( Rabu) : PTAR dibuka sehingga jam 11.45 malam.
* 25 Okt 2012 (Khamis) : PTAR dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang.

* 26 Okt 2012 (Jumaat) : PTAR ditutup sempena Cuti Am (Hari Raya Aidil Adha)
* 27 & 28/10/2012 3 & 4/11/2012 (Sabtu & Ahad): TUTUP

* 29/10 ‐ 02/11/2012 (Isnin – Jumaat): PTAR dibuka mengikut waktu pejabat sahaja (8:30 pagi hingga 4:45 petang).

*Perubahan Waktu Perkhidmatan Tertakluk Kepada Pindaan

Perubahan perkhidmatan ini merujuk kepada Cuti Pertengahan Semester telah ditetapkan pada 26 Oktober 2012 hingga 4 November 2012 (Rujuk kalender Akademik di bawah).

201210pekeliling-akademik-cuti-raya-haji

Lawatan Balas dari Ketua Pengarah PNM, YBhg. Dato’ Raslin Abu Bakar dan Pengurusan PNM

Poster

Dimaklumkan bahawa PTAR 1 akan menerima Lawatan Balas dari Ketua Pengarah
PNM, YBhg. Dato’ Raslin Abu Bakar dan Pengurusan PNM seramai
34 orang. Maklumat lawatan adalah seperti berikut:

        Tarikh ; 15 Oktober 2012 (Isnin)
        Masa  : 9.30 pagi – 1.30 petang

Sehubungan itu, setiap bahagian dimohon untuk bersiap sedia (di bahagian
masing-masing) dengan  lawatan balas ini kerana Ketua Pengarah dan
Pengurusan PNM dijadualkan akan melawat
sekitar PTAR 1  selepas taklimat diberi oleh Ketua Pustakawan di Bilik
Seminar.

Pihak JK Lawatan  memohon jasa baik Bhg. Pengurusan Pelanggan untuk
memasukkan maklumat selamat datang kepada PNM di Papan Elektronik PTAR.

FOTO 3 PROGRAM CSR –TAUTAN KASIH PPUiTM, PTAR, WJC Bikers di Rumah Penyayang Bestari

Bukit Jugra, di tepi selat,
buat pedoman, kapal belayar;
sumbangan kami, hanya sedikit,
harap diterima, tak perlu dibayar.

Masjid Jugra, sejuk nyaman,
Istana Jugra, warisan negeri;
kami terima, semua sumbangan,
kami bayar dengan hati dan budi 

Hati berkata, mulut menyebut,
sama bersalam, bersopan lalu;
kedatangan tuan/puan, kami sambut,
usah sekali, datanglah selalu.

Program CSR ini akan berterusan selama 3 bulan untuk
menaik taraf pusat sumber, melukis mural dan siri program bijak belajar  sehingga  akhir November 2012.

Tahniah dan syabas kepada WJC, ABCM, Mahasiswa PERKASA, TV3, Kenny Rogers Roasters Delivery dan AGhaffur’s Murtabak .  Juga kepada semua ahli dan Exco PPUiTM, pengurusan Rumah Penyayang Bestari, para penaja/penyumbang serta orang perseorangan yang sama-sama menjayakan Program CSR TAUTAN KASIH PPUiTM kali ini.