Perpustakaan UiTM's Blog

18/06/2012

Bengkel Kemahiran Penggunaan Sumber Elektronik Perpustakaan UiTM 2012 – Zon Timur r

Filed under: Uncategorized — perpustakaanuitm @ 7:47 am
Kemahiran-sumber-elektronik2

Dimaklumkan Bhg. Jurnal dan Pangkalan Data akan menganjurkan Bengkel Kemahiran Penggunaan Sumber Elektronik Perpustakaan UiTM 2012 – Zon Timur

di Perpustakaan UiTM Cawangan Terengganu (selaku tuan rumah) pada 19-20 Jun 2012 ini.

Undangan peserta adalah dari gred S17 hingga gred S44 dari Perpustakaan UiTM Cawangan Pahang, Terengganu dan Kelantan (Zon Timur).

Pegawai PTAR yang terlibat di dalam penganjuran bengkel ini adalah :

1. Puan Nurul Diana Jasni

2. Encik Ahmad Faizar Jaafar 

3. Puan Siti Rohayu Mohamad Yusof

OBJEKTIF BENGKEL DIADAKAN ADALAH:

1. Memberi latihan secara teori dan praktikal kepada Pustakawan UiTM supaya mereka dapat membimbing pengguna mencari maklumat dengan cara yang lebih berkesan.

2. Mempelajari bagaimana pangkalan data elektronik dapat membantu pelanggan perpustakaan dalam pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka.

3. Memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan.

MATLAMAT UTAMA BENGKEL :

Memantapkan kemahiran maklumat Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan melalui penggunaan pelbagai pangkalan data serta sumber elektronik perpustakaan. 

 

IMPAK BENGKEL :

a. Menambah keyakinan diri Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan apabila berdepan dengan pengguna yang memerlukan tunjuk ajar dan khidmat nasihat rujukan.

b. Menyumbang kepada pertambahan penggunaan perkhidmatan sumber elektronik di kalangan pelajar, pensyarah dan penyelidik UiTM 

Sekian, untuk makluman semua.

 

 

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: