Program Usahasama Perkongsian Maklumat (CIS) Siri 1: Kewangan

14.00 Normal 0 21 false false false EN-US X-NONE X-NONE

Advertisements

Program Pembangunan Modal Insan (PMI) PTAR 2012 :Tazkirah Bulan Mei 2012 – VirusHati & Vaksinnya

20120525tazkirah_mei

Majlis Tazkirah / Ceramah agama bagi bulan ini akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh / Hari : 25 Mei 2012 (Jumaat) / 4 Rejab 1433H
Masa        : 8.30 pagi hingga 9.30 pagi
Tempat        : Bilik seminar PTAR 1
Penceramah : Ustaz Mohd Afiz Hasan 
Tajuk         : Virus Hati & Vaksinnya    

Selepas selesai Majlis Tazkirah, mohon jasa baik  tuan/puan menghadirkan diri untuk taklimat seperti berikut:

    Program    : Taklimat Zakat dan Sadaqah UiTM
    Oleh        : Ustaz Abdullah Salam (Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf CITU)
    Tempat    : Bilik Seminar, PTAR 1
    Masa mula    : 9.30 pagi (lebih kurang 1 jam)
    Tujuan        : Mempromosikan perkhidmatan Zakat dan Sadaqah UiTM  bagi menambahkan
              dana untuk membantu pelajar dan staf yang memerlukan bantuan.

Semua staf adalah dijemput untuk hadir beramai-ramai ke majlis ilmu untuk kebaikan bersama.

Bengkel Kemahiran Sumber Elektronik Perpustakaan 2012

Dimaklumkan Bahagian Jurnal dan Pangkalan Data akan menganjurkan Bengkel Kemahiran Sumber Elektronik Perpustakaan 2012 di Perpustakaan UiTM Cawangan Pulau Pinang (selaku tuan rumah) pada 22-23 Mei 2012 (Selasa-Rabu).

Undangan peserta adalah dari gred S17 hingga gred S44 dari Perpustakaan UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis (Zon Utara).

Pegawai PTAR yang terlibat di dalam penganjuran bengkel ini adalah :
1. Puan Noormala Maarof
2. Puan Nurul Diana Jasni
3. Encik Ahmad Faizar Jaafar
4. Encik Shahrol Nizam Johol

OBJEKTIF BENGKEL DIADAKAN ADALAH:

1. Memberi latihan secara teori dan praktikal kepada Pustakawan UiTM supaya mereka dapat membimbing pengguna mencari maklumat dengan cara
    yang lebih berkesan.
2. Mempelajari bagaimana pangkalan data elektronik dapat membantu pelanggan perpustakaan dalam pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan mereka.
3. Memahami kaedah dan strategi pencarian maklumat yang cekap dan berkesan.

MATLAMAT UTAMA BENGKEL :
Memantapkan kemahiran maklumat Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan melalui penggunaan pelbagai pangkalan data serta sumber elektronik perpustakaan.

IMPAK BENGKEL :
a. Menambah keyakinan diri Pustakawan dan Pembantu Perpustakaan apabila berdepan dengan pengguna yang memerlukan tunjuk ajar dan khidmat nasihat rujukan.
b. Menyumbang kepada pertambahan penggunaan perkhidmatansumber elektronik di kalangan pelajar, pensyarah dan penyelidik UiTM

Sekian, untuk makluman semua.
Terima kasih.

AKTIVITI BERSAMA PERPUSTAKAAN PUNCAK PERDANA PADA 15 & 17 MEI 2012

Ptarpuncakperdanan15--17mei2012

Warga Puncak Perdana dan Puncak Alam serta keseluruhan warga PTAR Shah Alam adalah di jemput hadir untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang akan diadakan oleh PTAR Puncak Perdana di samping mendapat ‘Free Gift” daripada Nestle Icecream, Walls Cornetto, Nestle Bliss dan Sofy. Juga terdapat pertandingan pencarian pemilik mata, rambut, bibir, muka dan badan yang menarik daripada Watsons.

Tarikh : 15 Mei 2012(Selasa)
Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi : PTAR Puncak Perdana

Antara aktiviti-aktiviti yang akan di adakan ialah:

1. Nak Tau Tak…
2. Macam Mana Ye…
3. Dedikasi Lagu bersama Walls Corneto
4. Pencarian Ikon 8 kategori (hadiah RM3000.00 setiap kategori)

Tarikh : 17 Mei 2012
Masa : 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi : PTAR Puncak Perdana

Antara aktiviti-aktiviti yang akan di adakan ialah:

1. Apa Itu…
2. Kenapa Saya…
3. Pameran ” The Road to 2012 Olympic” oleh pelajar Sarjana Muda Sains Pengurusan Maklumat
4. Detik menyerlah bersama Sofy
5. Karnival Mini bersama Ice Cream Nestle

“JOM MERIAH BERSAMA PTAR PUNCAK PERDANA”

Kehadiran semua amat dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

Azizah Khasim
Pustakawan Kanan
PTAR Puncak Perdana
03-7962 2070

ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KE-76

ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KE-76
12-20 MEI 2012, DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR, UiTM SHAH ALAM
 

Istiadat konvokesyen UiTM kali ke-76 akan  menyaksikan seramai 16,326 graduan menerima penganugerahan yang bermula dari 12 hingga 20 Mei ini.