Pertandingan Menulis Esei Sempena Hari Mesra PTAR 2011

Posterpertandinganesei

TAJUK ESEI
Perpustakaan sebagai komponen penting dalam menjana kecemerlangan Akademik di UiTM
atau
Bangsa Membaca Bangsa Berjaya

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN:
1. Pernyertaan adalah secara individu dan setiap peserta hanya dibenarkan untuk menghantar satu (1) penyertaan sahaja. (Pilih salah satu tajuk sahaja).
2. Esei hendaklah ditulis dalam Bahasa Melayu.
Sumber rujukan hendaklah dinyatakan dalam esei yang ditulis.
3. Panjang esei hendaklah 1000 – 1200 patah perkataan dan jumlah perkataan mestilah dicatat dengan tepat pada penghujung esei.
4. Esei hendaklah ditaip di atas kertas A4 dalam jarak langkau sebaris setengah (1.5 spacing) menggunakan huruf Arial bersaiz 12 (Font 12)dan dicetak pada sebelah muka setiap helaian kertas.
5. Setiap esei hendaklah merupakan hasil penulisan asli dan belum pernah disiarkan oleh mana-mana bahan cetakan. Karya ciplak, plagiat atau terjemahan
tidak akan diterima.
6. Setiap esei yang dihantar akan menjadi hak milik PTAR. Pihak PTAR berhak untuk mencetak dan menerbitkan esei-esei yang memenangi pertandingan.
7. Peserta dilarang sama sekali menyentuh hal-hal yang sensitif seperti mengenai bangsa, agama mahupun politik.

PENYERTAAN
Penyertaan terbuka kepada para Pelajar UiTM kampus Shah Alam sahaja. Penyertaan adalah percuma. Borang Penyertaan boleh didapati dari Kaunter Perkhidmatan Pelanggan PTAR 1, PTAR 2, PTAR 3, PTAR 4, PTAR FSPU & PTAR Puncak Perdana & Puncak Alam atau melayari laman web http://www.library.uitm.edu.my
Keputusan akan disiarkan melalui laman web perpustakaan. Manakala penyampaian hadiah kepada pemenang akan diadakan pada Majlis Penutup Hari Mesra PTAR 2011 di PTAR 2 pada bulan Oktober 2011.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA 30 MEI 2011

HADIAH :
Tempat Pertama : Wang Tunai RM200.00 + Sijil Penyertaan
Tempat Kedua : Wang Tunai RM150.00 + Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga : Wang Tunai RM100.00 + Sijil Penyertaan
Saguhati x 2 pemenang : Wang Tunai RM50.00 + Sijil Penyertaan

Esei hendaklah dihantar bersama borang penyertaan kepada:-
Jawatankuasa Aktiviti Hari Mesra PTAR 2011, Pertandingan Menulis Esei, Jabatan Pengurusan Pelanggan, PTAR 1.
(U/P: Pn. Hani Liza & Pn. Nor Azwani ) Tel: 5544 3738 / 5521 1708

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s