Perpustakaan UiTM's Blog

17/02/2011

Pameran “Perancangan Harta Pusaka Untuk Kebaikan Bersama”

Filed under: Uncategorized — perpustakaanuitm @ 5:34 am

Sukacita dimaklumkan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam dengan usahasama Amanah Raya Berhad (ARB) akan mengadakan Pameran “Perancangan Harta Pusaka Untuk Kebaikan Bersama” pada 21 Februari sehingga 25 Februari 2011, bertempat di Aras 2, PTAR 1, UiTM Shah Alam.

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir ke sesi taklimat & perkongsian maklumat bersama wakil-wakil ARB seperti ketetapan berikut:-

Taklimat Wasiat & Faraid
Tarikh : 21.02.2011 (Isnin)
Masa : 10.30am – 1.00pm
Tempat : Aras 2 PTAR 1

Aturcara Majlis ( 21 FEBRUARI 2011 )
9.30 pagi – Ketibaan Tetamu kehormat di Pintu Laluan Masuk Kakitangan, Aras 1, PTAR 1
9.30 pagi – 9.50 pagi – Minum pagi bagi tetamu kehormat di Bilik Mesyuarat, Aras 1, PTAR 1
9.45 pagi – Ketibaan & Pendaftaran tetamu jemputan
10.00 pagi – Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis, Cik Nurul Aida (Pustakawan PTAR)
10.05 pagi – Bacaan Doa oleh En. Izwan Salim (Pustakawan PTAR)
10.10 pagi – Ucapan daripada Ketua Pengurus Amanah Raya Berhad
10.15 pagi – Ucapan Perasmian daripada Pn. Faridah Talib (Pemangku Ketua Pustakawan PTAR)
10.20 pagi – Simbolik Perasmian dan tayangan multimedia
10.25 pagi – Penyampaian Hadiah
10.30 pagi – Majlis Perasmian tamat & disambung dengan sesi Taklimat Wasiat & Faraid

Taklimat Pengurusan Amanah & Pentadbiran Pusaka
Tarikh : 24.02.2011 (Isnin)
Masa : 10.00am – 1.00pm
Tempat : Bilik Seminar PTAR 1

Untuk makluman, kehadiran tuan/puan akan diambil dan akan dimasukkan ke dalam jam latihan tuan/puan bagi tahun 2011.

Nota: Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang Pameran ini berlansung. Antaranya ialah Pengiraan Faraid secara percuma, Harga Promosi sebanyak RM 200 untuk Penulisan Wasiat, Harga semasa ialah RM 350,Khidmat nasihat pentadbiran pusaka & semakan fail, dan Kuiz.

Kehadiran tuan/puan amatlah dialu-alukan bagi memeriahkan program ini.

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: