Untitled

Hari Mesra

Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4   diadakan pada 22 September – 23 September 2010 bertempat di Foyer Perpustakaan Tun Abdul Razak 3 & 4, Menara S&T, UiTM Shah Alam. Dengan bertemakan “Mesra@PTAR”, pelbagai aktiviti akan diadakan bagi tujuan mempromosikan perkhidmatan dan mendekatkan pelanggan dengan pihak perpustakaan.

Setiap bahagian di perpustakaan akan  menyediakan maklumat di booth masing-masing bagi memperkenalkan fungsi utama mereka kepada pelanggan UiTM. Antara aktiviti menarik yang bakal menemui warga UiTM adalah:

  • Ceramah Motivasi : Rahsia Lulus Temuduga
  • Pameran Buku
  • Klinik Pangkalan Data Dalam Talian
  • Aktiviti Bersama Pengunjung (Siapa Cekap & Cepat, Roda Ilmu, Kuiz kenali perpustakaan anda & Book Hunt)

Pengunjung yang berjaya menjawab kuiz dengan betul dan cepat akan menerima hadiah yang menarik. Semua aktiviti ini akan berlangsung bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Semua warga UiTM dijemput hadir.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s