Pameran Wacana Malaysia Membaca Siri 3

WACANA MALAYSIA MEMBACA SIRI 3

Adalah dimaklumkan bahawa pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pusat Sumber Maklumat (IS 223)  kerjasama dengan PTAR Puncak Perdana akan mengadakan Pameran Wacana Malaysia Membaca Siri 3 bertemakan Buku, Sastera dan Filem: Manefistasi Keakraban pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 22 September hingga 28 September 2010

Masa: : 9.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat: Ruang Pameran PTAR Puncak Perdana

Sehubungan dengan itu pihak kami mengalu-alukan kehadiran tuan/puan untuk bersama-sama memeriahkan pameran tersebut.

SAKMAH SARIF, Pustakawan Rujukan,Kampus Puncak Perdana

03-79622073

Untitled

Hari Mesra

Hari Mesra PTAR 3 & PTAR 4   diadakan pada 22 September – 23 September 2010 bertempat di Foyer Perpustakaan Tun Abdul Razak 3 & 4, Menara S&T, UiTM Shah Alam. Dengan bertemakan “Mesra@PTAR”, pelbagai aktiviti akan diadakan bagi tujuan mempromosikan perkhidmatan dan mendekatkan pelanggan dengan pihak perpustakaan.

Setiap bahagian di perpustakaan akan  menyediakan maklumat di booth masing-masing bagi memperkenalkan fungsi utama mereka kepada pelanggan UiTM. Antara aktiviti menarik yang bakal menemui warga UiTM adalah:

  • Ceramah Motivasi : Rahsia Lulus Temuduga
  • Pameran Buku
  • Klinik Pangkalan Data Dalam Talian
  • Aktiviti Bersama Pengunjung (Siapa Cekap & Cepat, Roda Ilmu, Kuiz kenali perpustakaan anda & Book Hunt)

Pengunjung yang berjaya menjawab kuiz dengan betul dan cepat akan menerima hadiah yang menarik. Semua aktiviti ini akan berlangsung bermula jam 8.30 pagi sehingga 4.30 petang. Semua warga UiTM dijemput hadir.