LATIHAN PENGENDALIAN ‘REFERENCE DESK REPORT SYSTEM’ (RDRS) MEJA RUJUKAN

Sukacita dimaklumkan pihak Jabatan Pengurusan Maklumat akan mengadakan sesi latihan pengendalian sistem RDRS yang digunakan di Meja Rujukan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 22 Julai 2010

Masa  : 8.00 pagi hingga 1.00 petang

Lokasi: Pusat IT 2, PTAR 1

Peserta latihan ini adalah terdiri dari Pustakawan S41 dan S44 yang bertugas di Meja Rujukan semasa waktu rehat (12.15pm@1.00pm-2.00pm) dan bertugas malam 5.00pm-10.00@11.00pm). Tujuan latihan ini adalah untuk memahirkan Pustakawan yang bertugas di Meja Rujukan di dalam mengendalikan sistem RDRS ini serta memberi peluang kepada semua Pustakawan yang terlibat mengemukakan persoalan dan pandangan mengenai sistem ini. Bersama-sama ini disertakan senarai peserta dan tentatif program untuk sesi latihan tersebut

Bersama-samalah kita memanafaatkan peluang yang ada bagi mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan PTAR. 

ATURCARA (22 JULAI 2010)

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Negeri Perak

Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak dan Perpustakaan Universiti Teknologi MARA Kampus Cawangan Perak akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Negeri Perak pada 13hb-15hb Julai 2010 bertempat di Hotel Seri Malaysia Ipoh Perak.

Sebanyak 7 kertas kerja akan dibentangkan pada sesi bengkel yang bertemakan  ‘Pusat Sumber Cemerlang Penjana Generasi Gemilang’. Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Negeri Perak ini akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Madya Sr. Hj. Mohd Fisal bin Ishak.    

Penganjuran pada kali ini akan melengkapkan pusingan penganjuran bengkel pengurusan pusat sumber sekolah-sekolah menengah untuk seluruh negeri di Malaysia termasuklah Sabah dan Sarawak.  Besarlah harapan kami di pihak penganjur semoga bengkel yang dianjurkan sebanyak 2 kali setahun ini dapat memberikan maklumat, pengetahuan dan pendedahan kepada guru-guru penyelaras pusat sumber khasnya supaya lebih cekap dalam mengurus tadbir pusat sumber sekolah masing-masing.

Kursus Kemahiran Penggunaan Pangkalan Data Elektronik Perpustakaan UiTM

Ilmu Mengubah Destini Sempena Program Mengubah Destini Anak Bangsa

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Felda Negeri Pahang

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tun Abdul Razak dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang dan Perpustakaan Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang akan menganjurkan Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Felda Negeri Pahang sempena program Mengubah Destini Anak Bangsa peringkat Perpustakaan Tun abdul Razak pada 18 – 20hb Mei 2010 di Hotel Seri Malaysia Kuantan Pahang. Seramai 150 orang guru penyelaras Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Felda Negeri Pahang akan menyertai bengkel ini dimana 7 kertas kerja akan dibentangkan dan sesi bengkel akan dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator yang berpengalaman.

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Sekolah-sekolah Menengah Felda Negeri Pahang ini akan dirasmikan oleh Pengarah Kampus UiTM Pahang, Y. Hormat Prof Madya Dato’ Dr. Hj Hilmi B. Ab Rahman. Semoga penganjuran bengkel kali ke 14 ini dapat memenuhi objektifnya dan berlangsung dengan jayanya. Selamat berbengkel

http://library.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=233&Itemid=266