PTAR Pemenang Perpustakaan Cemerlang 2009

more photos

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) —  Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul antara tiga pemenang Anugerah Perpustakaan Cemerlang Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) 2009. Dua lagi pemenang ialah  Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan BERNAMA.

Menurut kenyataan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), anugerah ini mengandungi tiga kategori — perpustakaan besar, perpustakaan sederhana dan perpustakaan kecil. Kategori perpustakaan besar dimenangi oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM; sederhana Pusat Dokumentasi Melayu, DBP; manakala Pusat Maklumat dan Perpustakaan (Infolib) Bernama menggondol kategori perpustakaan kecil.

Majlis penyampaian anugerah itu yang diadakan setiap dua tahun sejak 2005 akan berlangsung Isnin depan di Auditorium Perpustakaan Negara di sini. Penganugerahan ini bertujuan mengiktiraf perpustakaan yang berperanan dalam mewujudkan masyarakat yang berilmu dan progresif, meningkatkan imej perpustakaan dan profesion kepustakawanan serta menilai perkembangan dan pencapaian pelbagai perpustakaan di Malaysia. — BERNAMA

 

Perpustakaan UiTM cemerlang

Oleh Zatul Iffah Zolkiply am@hmetro.com.my 2010/05/11
KUALA LUMPUR: Perpustakaan Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dipilih pemenang Anugerah Perpustakaan Cemerlang (APC) Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) 2009 bagi kategori Perpustakaan Besar pada majlis penyampaian di Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini, semalam.        

Dua pemenang lain Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Pusat Maklumat dan Perpustakaan (Infolib) Bernama masing-masing bagi kategori Perpustakaan Sederhana dan Perpustakaan Kecil dengan setiap pemenang menerima sijil, wang tunai RM5,000, piala pusingan dan piala iringan.
Majlis penyampaian anugerah disempurnakan Ketua Pengarah PNM, Datuk Raslin Abu Bakar. Pada majlis sama beliau turut menyampaikan sumbangan khas kepada perpustakaan terpilih iaitu Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Majlis AIDS Malaysia dan Perpustakaan St Nicholas Home.
Dalam majlis itu, tiga graduan iaitu dua graduan ijazah sarjana dan seorang graduan sarjana muda turut diraikan apabila ketiga-tiganya dipilih sebagai pemenang Hadiah Pelajar Terbaik Sains Perpustakaan dengan masing-masing menerima wang tunai RM500, sijil dan plak. Turut hadir, Naib Yang DiPertua (YDP) I PPM, Prof Madya Dr Mohd Sharif Mohd Saad dan Naib YDP II PPM, Maimunah Kadir.
 
Sementara itu, Raslin menasihatkan pustakawan untuk menjadikan diri mereka diperlukan dan penting walaupun dunia teknologi maklumat berkembang dengan pantas.
berkata, perpustakaan, pustakawan dan persatuan pustakawan harus berganding bahu dan membabitkan diri dalam wacana, forum dan perbincangan mengenai akses kepada maklumat. memandangkan akses kepada maklumat adalah faktor kritikal dalam perkembangan masyarakat.
Beliau turut Tidak ketinggalan, katanya, PPM turut memberi pengiktirafan kepada perpustakaan dan pustakawan yang memberi sumbangan dalam meningkatkan perkhidmatan perpustakaan dan profesion kepustakawanan.
“Apa yang diharapkan, anugerah seperti Hadiah Pelajar Terbaik, Anugerah Tokoh Pustakawan, Anugerah Pustakawan Harapan dan Anugerah Perpustakaan Cemerlang dapat dijadikan semangat untuk sama-sama menajukan profesion ini,” katanya dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PPM tahun 2009/2010 dan Anugerah Perpustakaan Cemerlang PPM 2009 di Auditorium PNM, d sini.
APC yang pertama disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri semasa Gala Dinner Perayaan Jubli Emas PPM pada 6 April 2006 dengan Perpustakaan Sultanah Zanariah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah pemenang pada tahun 2005.
Bagi tahun 2007, Pustaka Negeri Sarawak dan Pusat Sumber Petroleum, Petronas masing-masing menjadi pemenang bagi kategori Perpustakaan Besar dan Sederhana.
APC diadakan setiap dua tahun bermula 2005 bagi mengiktiraf perpustakaan yang berperanan dalam mewujudkan masyarakat yang berilmu dan progresif selain meningkatkan imej perpustakaan dan profesion kepustakawanan serta menilai perkembangan dan pencapaian pelbagai perpustakaan di Malaysia.

 

PTAR UiTM menang anugerah PPM

KUALA LUMPUR 10 Mei – Kejayaan Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Universiti Teknologi Mara (UiTM) memperoleh anugerah peringkat antarabangsa membolehkannya dipilih sebagai penerima Anugerah Perpustakaan Cemerlang Persatuan Pustakawan Malaysia. Kemenangan PTAR bagi Kategori Perpustakaan Besar itu membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan dan sijil penghargaan.

Turut memenangi hadiah itu ialah Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka bagi Kategori Perpustakaan Sederhana manakala Pusat Maklumat dan Perpustakaan Bernamadiumum pemenang Kategori Perpustakaan Kecil. Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Pengarah Perpustakaan Negara, Datuk Raslin Abu Bakar sempena majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pustakawan Malaysia 2009/20l0. 
Pemenang anugerah itu dinilai berdasarkan kepelbagaian aktiviti promosi sedia ada yang kreatif serta inovatif bagi menarik perhatian pengguna kepada perkhidmatan dan sumber perpustakaan yang cemerlang. Sementara itu Ketua Pustakawan PTAR, Haron Wee Ah Boon berkata, antara inovasi yang diperkenalkan oleh perpustakaan tersebut adalah Sistem Maklumat Perpustakaan Berkomputer (CLIS) yang memenangi pingat emas di Seoul, Korea Selatan pada tahun 2008. Menurutnya, kejayaan itu merupakan hasil kerjasama semua ahli perpustakaan PTAR. “Saya bersyukur dan bangga dengan anugerah ini. Kami akan membuat penambahbaikan supaya pelanggan mudah untuk mendapatkan maklumat dengan pantas,” katanya ketika ditemui selepas menerima anugerah tersebut.

Dalam perkembangan sama, Hadiah Pelajar Terbaik Sains Perpustakaan dimenangi oleh pelajar sarjana daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Norhiyah Mohammad Noor; pelajar sarjana daripada Universiti Malaya (UM), Kevin Wan Utap Anyi dan bekas mahasiswa UiTM, Nurhidayah Nasharudin. Sementara itu Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), The Malay Aids Council dan St. Nicholas Home turut menerima anugerah khas atas usaha mereka menubuhkan perpustakaan bagi membantu ahli-ahlinya dan orang awam.

Advertisements